8 Kelebihan Tingkatan 6


Bagi pelajar Tingkatan 5, pasti bingung tentang soal melanjutkan pelajaran masing-masing. 
Kebiasaanya, anda akan diberikan pilihan sama ada ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, Matrikulasi, diploma, ataupun asasi. Masing-masing pasti inginkan yang terbaik bagi masa depan yang cerah. Jom saya kongsikan kelebihan Tingkatan 6.

1. Kos Rendah

Untuk naik ke Tingkatan 6 adalah percuma sahaja, kecuali beberapa yuran kecil sahaja seperti yuran buku dan peperiksaan. STPM bermakna, anda masi berada di bawah jagaan ibu bapa. Perbelanjaan seperti makanan harian, kos sewa asrama dan pengangkutan dapat dikurangkan.


2. STPM Diiktiraf Oleh Universiti Lokal & Antarabangsa

Dengan memiliki STPM, anda layak memohon di mana sahaja institut pengajian tinggi sama ada di universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara. STPM ini diiktiraf di seluruh dunia terutamanya di negara Komanwel. Sijil STPM juga boleh digunakan untuk memohon pekerjaan sama ada kerja kerajaan mahupun swasta.


3. Masa Pengajian Singkat

Tingkatan 6 adalah jalan cepat untuk ke universiti kerana masa yang diambil hanyalah satu setengah tahun sahaja untuk 3 semester. Jika dibandingakan dengan Diploma, ia mengambil masa sehingga 3 tahun untuk membolehkan anda menyambung ke peringkat Ijazah. Selepas 1 tahun setengah di Tingkatan 6, anda boleh terus mengambil Ijazah.


4. Peluang Mengulang Subjek Yang Gagal

Jika adik-adik memperoleh keputusan STPM yang kurang memuaskan bagi sesuatu subjek, anda boleh mengambil peperiksaan ulangan untuk membaiki keputusan yang diperolehi. Walaubagaimana pun, anda hanya dibenarkan mengulang peperiksaan bagi Semester 1 dan Semester 2 sahaja. Jadi, pada Semester 3 anda mesti menjawab peperiksaan dengan sehabis baik kerana tidak ada lagi peluang untuk peperiksaan ulangan.


5. Tugasan Kerja Kursus

Sistem pembelajaran Tingkatan 6 menghendaki pelajar untuk melakukan kerja kursus dengan bimbingan daripada guru-guru. Tugasan kerja kursus yang diberikan akan sangat membantu pelajar apabila memasuki alam universiti nanti, kerana di Tingkatan 6, anda didedahkan dengan cara sebenar membuat kerja kursus dan pembentangan hasil kerja.


6. Peluang Mendapatkan Biasiswa

Jika anda berjaya mendapat keputusan STPM yang cemerlang, anda akan mudah untuk memohon biasiswa pelajaran. Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 dan ke atas sudah dikira sebagai pelajar dekan STPM. Kalau anda nak tahu, kerajaan ada meneruskan Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan STPM. Program oleh kerajaan ini adalah khusus untuk pelajar cemerlang lepasan STPM yang akan melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah pertama mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


7. Menyiapkan Diri Sebelum Ke Peringkat Ijazah

Berada di Tingakatan 6 boleh menjadikan anda lebih matang dalam memikirkan masa depan dengan dorongan dan tunjuk ajar daripada guru-guru. Ia juga memberi masa kepada anda untuk membuat keputusan tentang minat yang ingin diceburi semasa memasuki universiti nanti.


8. Dapat Luangkan Masa Setahun Lagi Di Sekolah

Zaman persekolah adalah zaman yang terbaik dan paling seronok bagi kebanyakan orang sebelum mereka beralih ke alam dewasa. Kadangkala, anda mungkin belum sedia untuk menghadapi perpisahan bersama kawan-kawan di sekolah menengah setelah tamat SPM. Oleh itu, dengan naik ke Tingkatan 6, anda masih mempunyai masa untuk berada di sekolah bersama rakan-rakan.

Tidak kira ke mana pun hala tuju selepas SPM, di penghujung hari segalanya adalah tentang bagaimana anda memanfaatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman selama di institusi pendidikan.

Post a Comment

0 Comments