Fadhlina Sidek: Menteri Pendidikan 2022


Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya sebentar tadi.

Fadhlina merupakan alumni Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menamatkan pengajiannya pada tahun 2001. 

Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pemilihan PKR 2022.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Post a Comment

0 Comments