Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran


Setiap orang pasti mempunyai warna kegemaran masing-masing. Ianya satu benda yang subjektif dan sukar untuk diungkapkan. Warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi mood semasa. Selain itu, warna juga dapat memanipulasi pandangan dan pemandangan.

 

1. HITAM

  • Degil dan berdikari
  • Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
  • Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
  • Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
  • Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
  • Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

 

2. MERAH

  • Mendesak, mudah diransang dan lincah.
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
  • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
  • Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.\Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
  • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
  • Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
  • Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
  • Perlu belajar untuk sabar.

 

3. PUTIH

  • Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
  • Bersih dan amanah.
  • Gemar menyendiri.
  • Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

 

4. BIRU LEMBUT

  • Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
  • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
  • Teliti dalam teguran.
  • Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
  • Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
  • Ingin suasana selamat dan mendamaikan.

 

5. BIRU GELAP

  • Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
  • Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
  • Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
  • Mudah terganggu dengan keadaan bising.
  • Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

 

6. MERAH JAMBU

  • Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
  • Mudah bersimpati dan memahami.
  • Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
  • Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
  • Sedikit keanak-anakan.
  • Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

7. OREN

  • Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
  • Tidak sabar.
  • Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
  • Bersikap praktikal dan kreatif.
  • Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
  • Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

 

8. HIJAU

  • Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
  • Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
  • Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
  • Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

 

9. KUNING

  • Penuh minat dan ceria
  • Aktif dalam jua aktiviti.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
  • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
  • Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
  • Idea dan pemikiran tinggi.
  • Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
  • Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

 

10. UNGU

  • Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati.
  • Mempunyai perasaan yang mendalam.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.

 

11. PERANG

  • Bersikap jujur,
  • Bersifat realistik.
  • Sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
  • Sentiasa membelai rasa.
  • Nenghargai makanan dan minuman.
  • Rakan yang baik.
  • Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

 

12. KELABU

  • Tersendiri pendekatannya.
  • Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
  • Suka mengasingkan diri.
  • Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

Colors answer feeling in man; shapes answer thought; and motion answers will - John Sterling

Sumber: Maria Firdz

Post a Comment

0 Comments