5 Tahap Pendidikan di Jepun


Pendidikan di Jepun sememangnya antara yang menjadi perhatian dunia. Selama 3 tahun di sana, Dr. Fitri Yusof berkongsi pemerhatiannya di laman Twitter beliau. Jom sama-sama kita baca.


1. Masa Tadika (Yōchien)

Mak bapa hantar lagi, tapi aktiviti dia main dan moral. Belajar cuci tandas, gosok gigi, susun selipar. Jalan dalam kereta tolak. Lintas jalan angkat tangan/bendera kuning.

 

2. Shōgakkō (6 hingga 12 tahun)

Masa ni baju ikut suka hati. Takde lagi baju uniform. Tapi kerja sekolah dah mula banyak. Main pun banyak. Sekolah biasanya walking distance, cikgu akan tunggu kat simpang dan greet anak-anak.

 

3. Chūgakkō (12 hingga 15 tahun)

Waktu ni dah ada baju uniform. Ni kira dah shonen la ni. Sekolah pagi, petang tu ada aktiviti kokurikulum. Dan ya, loceng sekolah bunyi memang sama macam dalam cerita jepun.

 

4. Kōkō (15 hingga 18 tahun)

Ada sekolah biasa, ada sekolah private. Sekolah private biasa ada link dengan Uni. Baju putih biasa masa summer, masa winter pakai baju hitam.

 

5. Daigaku (Uni, 19 tahun) atau Senmongakko (Sekolah Vokasional)

Jepun umur legal minum arak adalah 20 tahun, jadi 1st year Uni (19 tahun) takkan minum arak walaupun ada majlis meraikan diorang. Diorang lebih kepada menikmati setiap usia tu dan explore life di Uni. Ada enjoy bukatsu.


Education is the most powerful weapon which you can use to change the world. - Nelson Mandela


Apa Malaysia boleh belajar dari Jepun dari segi pendidikan?

Ini adalah cadangan yang dikongsikan oleh beliau. Saya sebagai seorang guru bersetuju dengan pendapat beliau terutamanya berkenaan bebanan kerjaya guru. Semoga sistem pendidikan kita akan dapat terus ditambahbaik kerana bebanan kerja boleh mengakibatkan tekanan mental kepada mereka yang tidak kuat untuk menerima.


1. Penekanan moral di awal pendidikan, bukan akademik.


2. Jarak sekolah yang walking distance dan keselamatan. Negara akan jimat masa, tenaga dan petrol yang banyak kalau sekolah walking distance.


3. Bebanan kerjaya guru. Cikgu kat sana enjoy kot. Mungkin kena kaji gaji guru tadika, gaji para guru mencukupi tak. Supaya cikgu tak fikir dah side income job dan fokus mendidik anak bangsa.


Sumber: Dr Fitri Yusof

Post a Comment

0 Comments